Selasa, 25 Mei 2010

Aktiviti 5S Zon Awan

Zon Awan telah mengadakan Mesyuarat Amalan 5s Zon Awan Bil.1/2010 pada28 April 2010 (Rabu), untuk membincangkan pembahagian tugas, AJK dan zon dalam bilik mesyuarat.

Gotong royong / pelaksanaan Amalan 5s diadakan pada 14 Mei 2010 (Jumaat)

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut;
a) Membersihkan bilik mesyuarat A dan B, Bilik makan VIP, Surau dan Koridor
b) Mengenalpasti bahagian / ruang bilik mesyuarat untuk dilabel.
c) Membuat tagging / susun atur kerusi dan meja.
d) Membuat sudut Amalan 5s, carta organisasi dan tugas-tugas ajk.

Sabtu, 1 Mei 2010

LAWATAN 5S STAF SPA KE PEJABAT SUP




Satu lawatan oleh kakitangan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah yang diketuai oleh Ketua Sektor, Pn. Hajah Nuri Binti Udin telah diadakan pada 27 April 2010 pukul 10.45 hingga 12.30 tengah hari di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Antara tujuan utama lawatan tersebut adalah ingin mengetahui lebih mendalam berkaitan dengan amalam 5s yang telah diamalkan oleh kakitangan pejabat berkenaan. Sepanjang lawatan tersebut, kami diberikan taklimat oleh En. Joumil berkaitan amalan dan tatacara pengurusan serta penilaian 5S. Selepas taklimat tersebut, semua peserta dibawa melawat semua bilik-bilik yang terdapat dapat di dalam pejabat tersebut untuk melihat secara dekat pengurusan dan amalan 5s dikalangan kakitangan pejabat.

Adalah diharapkan hasil daripada lawatan tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas kepada semua kakitangan Sektor Pengurusan Akademik untuk mengamalkan 5s dalam pengurusan pejabat seterusnya merealisasikan hasrat Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Hj. Muhiddin Yusin dalam menjayakan pengurusan pentadbiran dengan mengamalkan 5s di semua sektor pentadbiran.